~~JOM CLICK~~

Jumaat, 4 Februari 2011

Proton Keluarkan EXORA REEV Sebagai Kenderaan Elektrik 2011


PERUSAHAAN Otomobil Nasional Sdn Bhd(Proton) akan mengeluarkan kenderaan elektrik Range Extended Electric Vehicle (REEV) yang menggunakan sistem berbeza daripada kenderaan hibrid, tahun ini. Pengurus Projek, Projek Kenderaan Elektrik Bahagian Teknologi Hijau Proton, Ilham Shamsul Ibrahim berkata, kenderaan elektrik yang sedia ada di pasaran kategori hibrid parallel, namun Proton menghasilkan kenderaan elektrik yang mempunyai kapasiti lebih tinggi daripada jenis hibrid dikenali sebagai REEV.

“REEV menggunakan kuasa bateri, tetapi ia turut mempunyai enjin yang berfungsi untuk mengecas bateri berkenaan dan bukan untuk menggerakkan kenderaan itu,” katanya selepas sesi pandu uji Proton Exora REEV di Cyberjaya, semalam. Menurutnya, sistem REEV yang digunakan untuk model Saga mampu bergerak sejauh 140 kilometer dengan anggaran kos pengecasan hanya RM6 untuk jarak berkenaan. “Hasil penyelidikan dan ujian, Proton Saga dijangka mampu bergerak sejauh 140 kilometer dengan sekali caj, namun perlu dicaj semula sekiranya kuasa bateri berbaki 10 peratus,” katanya.

Ilham Shamsul berkata, terdapat dua cara pemilik kenderaan elektrik untuk mengecas semula kenderaan mereka iaitu dengan cara standard atau pantas.  “Bagi cara pengecasan standard, pemilik kenderaan perlu melakukannya di rumah dan ia mengambil masa sehingga lapan jam. “Untuk cara lebih pantas, pengguna boleh melakukannya di stesen pengecasan semula yang memakan masa hanya 30 minit,” katanya. Menurutnya, bateri yang digunakan adalah jenis lithium ion polimer dan mampu bertahan sehingga 10 tahun. “Bagaimanapun, ia bergantung kepada kegunaan pemilik kenderaan dan berapa kerap mereka mengecas semula bateri,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan