~~JOM CLICK~~

Rabu, 10 November 2010

Exora Elektrik- 1 Gelen Petrol 219 km


Proton membuktikan kereta Malaysia juga berkualiti dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa.  Berikut adalah petikan daripada akhbar Utusan Malaysia.

Exora buktikan Proton mampu bersaing

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Kejayaan model Exora memenangi pertandingan Brighton to London Future Challenge pada Sabtu lalu membuktikan Proton Holdings Bhd. (Proton) mampu bersaing dengan syarikat gergasi dunia dalam teknologi kereta hibrid yang menggunakan enjin petroleum dan elektrik secara serentak.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Exora mendapat tempat pertama dalam kategori kereta elektrik yang ditingkatkan jarak perjalanannya berikutan mencatat penggunaan satu gelen petrol untuk 219 kilometer.

''Kereta syarikat lain yang mendapat tempat kedua hanya mampu mencatat jarak 100 kilometer bagi satu gelen iaitu kurang separuh daripada kebolehan Exora untuk menjimatkan minyak.
''Keputusan pertandingan ini jelas menunjukkan yang teknologi Proton jauh lebih baik daripada teknologi lain-lain jenama,'' katanya dalam entri terbaru bertajuk Proton Dalam Era Teknologi Hijau dalam blog http://chedet.co.cc di sini hari ini.



Pertandingan yang melibatkan jarak perjalanan sejauh kira-kira 96.54 kilometer dari Brighton ke London di United Kingdom turut disertai syarikat automotif terkemuka termasuk Toyota dari Jepun, Volkswagen (Jerman) dan General Motors (Amerika Syarikat).  Kenderaan yang menyertai pertandingan itu terdiri daripada kereta yang sudah dipasarkan dan belum dipasarkan.


Dalam pada itu, Dr. Mahathir yang juga Penasihat Proton menjelaskan bahawa model Saga sepatutnya turut diumumkan sebagai pemenang dalam kategori kenderaan enjin elektrik pada pertandingan berkenaan.



''Saga elektrik juga mendapat kemenangan tetapi syarikat-syarikat lain membuat protes. Pihak Proton telah membantah protes itu,'' katanya.  Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, kelebihan lain kedua-dua model Exora dan Saga yang menyertai pertandingan itu adalah ia kurang mengeluarkan asap karbon dioksida dan monoksida yang mencemarkan udara.

''Kedua-duanya juga mampu memuatkan jumlah penumpang sepenuhnya dan tempat simpanan barang juga mempunyai kapasiti biasa.  ''Hampir semua kereta lain terpaksa menggunakan tempat simpanan barang dan tempat duduk belakang untuk bateri,'' jelasnya.

Selasa, 9 November 2010

Jom Jadi Member Exora Dekat Facebook

Setakat 10.11.2010 sudah ada 7229 orang yang sukakan page proton exora ni.  Banyak yang kawan dan anda boleh dapat tentang Exora di sini.  Kawan paparkan sebahagian kecil daripadanya supaya kawan-kawan boleh tengok dan mungkin terbuka hati untuk jadi 'friends' kat page nih..
Jom layan.....

Sabtu, 6 November 2010

Nombor Plat Kereta

Kalini kawan uploadkan jenis-jenis nombor yang biasa terdapat di kedai-kedai aksesori kereta.  Kawan sertakan sekali sebahagiannya dengan harga.  Harga ni cuma relevan dekat area kawan jer di taman u, skudai.  Mungkin dekat tempat kawan-kawan harganya lebih rendah atau mahal. Sekadar untuk makluman saja.



Dan ini juga untuk yang lebih tahan....




Kawan pilih H2022 dengan harga RM80.00. So kawan-kawan pilihlah mana-mana yang sesuai dengan citarasa masing-masing.



Rabu, 3 November 2010

Pasang Sticker Lampu Belakang

Harini kawan pasang sticker kat lampu belakang my-exora. Kawan-kawan tengok sendirilah ok ke tak ok.  Kosnya dalam RM45..

Ni kawan pasang pada bahagian yang berwarna putih jer. kalau pasang pada keseluruhan lampu kosnyanya dalam RM1xx

Rabu, 27 Oktober 2010

Panduan Daftar Nombor Kenderaan

Kat bawahni kawan uploadkan cara nak beli atau daftar nombor kenderaan.  Pengalaman kawan daftar nombor semasa kena bayar RM210. Sepuluh ringgit tu memang wang pendaftaran ler...




KATEGORI NOMBOR PENDAFTARAN

NOMBOR-NOMBOR BERNILAI UTAMA

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
NOMBOR-NOMBOR MENARIK
11
12
13
14
15
16
17
18
19
22
28
33
38
55
66
77
88
99
111
222
333
555
666
777
888
999
1111
2222
3333
5555
6666
7777
8888
9999
NOMBOR-NOMBOR POPULAR
20
21
23
24
25
26
27
29
30
31
32
34
35
36
37
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
100
200
300
400
500
500
700
800
900
1000
1001
1122
1221
1133
1331
1155
1551
1166
1177
1771
1188
1881
1199
1919
1991
2000
2002
2020
2211
2112
2233
2332
2255
25225
2552
2266
2662
2277
2727
2772
2288
2828
2882
2299
2929
2992
3000
3003
3030
3300
3131
3113
3322
3232
3223
3355
3535
3553
3366
3636
3377
3773
3388
3838
3399
3939
3993
4000
5000
5005
5515
5115
5522
5533
5353
5335
5566
5665
5577
5775
5588
5885
5599
5995
5000
5006
6611
6116
6622
6633
6336
6655
6556
6677
6776
6688
6868
6886
6699
6969
6996
7000
7007
7070
7711
7171
7117
7722
7227
7733
7373
7755
7557
7766
7667
7788
7878
7887
7799
7997
8000
8008
8811
8181
8118
8822
8228
8833
8383
8338
8855
8558
8866
8668
8877
8778
8899
8989
8998
900
9009
9911
9119
9922
9229
9933
9339
9955
9559
9966
9696
9669
9977
9779
9988
9898
9889
Mana-mana nombor pendaftaran lain yang menerima tempahan adalah termasuk di bawah kategori ini 
Nombor-nombor Semasa
Bermaksud suatu nombor pendaftaran dari kategori selain di atas.
Dokumen yang perlu dikemukakan
NOTA : Semua dokumen hendaklah diisi ke dalam sampul surat , ditulis di luar sampul surat : " TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN " dan dimasukkan ke dalam peti tempahan yang disediakan.
PERMOHONAN MENYERTAI TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN SECARA TAWARAN
1.     Bayaran perkhidmatan RM 10.00.
2.     Bayaran deposit 50% daripada harga tempahan  dan dikemukakan dengan bank draf/ kiriman wang/ wang pos atas nama "Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia".
3.     Salinan Kad Pengenalan Pemohon ( individu/syarikat) yang disahkan .
4.     Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13 ) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan ) .
5.     Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.
PERMOHONAN MENDAPATKAN NOMBOR PENDAFTARAN SECARA PILIHAN
1.     Slip Bayaran yuran perkhidmatan RM10
2.     Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport)
3.     Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13 ) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan ) .
PERMOHONAN MENDAPATKAN NOMBOR PENDAFTARAN (KELULUSAN KHAS)
1.     Surat Permohonan
2.     Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport)
3.     Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13 ) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan ) .
Keputusan
PERINGATAN : Pemohon yang berjaya dilarang sama sekali memberi/menjual nombor pendaftaran mereka kepada orang lain kecuali dengan pertimbangan khas dari Pengarah Negeri seperti kes pertukaran daripada ibu/bapa kepada anak, suami/isteri/anak dan individu kepada syarikat di mana ia menjadi Lembaga Pengarah.
1.     Surat keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya. 
2.     Bagi pemohon yang tidak berjaya,deraf bank/kiriman wang/wang pos akan dikembalikan. 
3.     Senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.
4.     Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan
5.     Pemohon yang telah menjelaskan bayaran hendaklah mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh TIGA (3) bulan dari tarikh bayaran dijelaskan
6.     Pemohon yang berjaya yang tidak menjelaskan bayaran penuh  dalam tempoh yang ditetapkan atau tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam  tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik dan ditawarkan kepada pemohon lain yang berminat.
7.     Penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan
8.     Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad
Harga Tempahan
Harga tempahan minima bagi setiap nombor pendaftaran tertakluk kepada kategori nombor seperti berikut :
1.     Nombor Bernilai Utama RM10,000
2.     Nombor Menarik RM 2,000
3.     Nombor Popular RM 300
4.     Nombor Semasa RM 200
Maklumat tambahan
1.     Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri.  Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.
2.     Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan
3.     Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka
4.     Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan