~~JOM CLICK~~
Memaparkan catatan dengan label Exora. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Exora. Papar semua catatan
Selasa, 8 November 2011
Khamis, 13 Oktober 2011
Isnin, 14 Februari 2011
Exora Turbo
Secara asasnya Proton Exora Turbo menggunakan konsep Proton Exora Prestige yang pertama kali dilancarkan pada pelancaran rasmi Exora, tapi sekarang dilengkapi dengan prototaip janaan turbo.
Pelbagai aksesori tambahan seperti boost meter yang terdapat pada Exora Turbo
The Powerplant dipaparkan dalam Konsep Prestige dikatakan untuk menghasilkan hingga 270 tenaga kuda, dan dengan nombor torsi yang dinilai pada sekitar 350Nm. Dengan terbinanya Exora Turbo mungkin dapat menghilangkan terus satu isu utama bahawa Exora saat ini kurang berkuasa. Enjin 1.6 liter Campro CPS yang sedia ada menghasilkan 125 tenaga kuda dan torsi 150Nm
Rabu, 3 November 2010
Pasang Sticker Lampu Belakang
Harini kawan pasang sticker kat lampu belakang my-exora. Kawan-kawan tengok sendirilah ok ke tak ok. Kosnya dalam RM45..
Ni kawan pasang pada bahagian yang berwarna putih jer. kalau pasang pada keseluruhan lampu kosnyanya dalam RM1xx
Jumaat, 22 Oktober 2010
Body Kit (Rencana)
Salah satu aspek yang kini dititikberatkan oleh peminat kereta ialah bodykit. Dalam dunia automotif, industri ini mula berkembang pesat pada akhir tahun 90-an.
Bodykit bukan sahaja didapati secara meluas di pasaran selepas jualan atau kedai aksesori, malah ia juga kini menjadi pilihan industri sebagai keperluan pengeluar kelengkapan asal (OEM).
Kit kenderaan ialah koleksi modifikasi luaran kereta yang biasanya melibatkan komponen seperti spoiler bumbung belakang, skirting sisi dan lips (ada yang menggelarnya spoiler) depan serta belakang. Ini ditambah komponen lain seperti diffuser, skup bonet dan lain-lain.
Kebiasaannya kit seperti itu dipadankan dengan rekaan secara teliti dari depan sehingga belakang kenderaan supaya ia aerodinamik, terkini, menarik, tidak selekeh dan sepadan.
Satu ketika dahulu bodykit OEM amat jarang ditemui setiap kali kita membeli kereta baru tetapi trend masa kini adalah sebaliknya.Dengan pelbagai reka bentuk, ada pengeluar menggunakan tunerbebas yang tersohor termasuk Impul, AMG, Wald dan Brabus.
Di Malaysia terdapat beberapa syarikat yang menghasilkan kit kenderaan sama ada OEM atau selepas jualan. Antaranya Air Master Trading Sdn. Bhd. (Air Master) dengan kilang pengeluarannya di Sri Damansara, Kuala Lumpur.Menurut Pengurus Perniagaan Air Master, Hong Soo Hoe, bodykit bukan sesuatu yang diada-adakan untuk tujuan kosmetik tetapi ia banyak melibatkan fakta saintifik yang dapat membantu kelancaran kereta terutama ketika memecut pada kelajuan tinggi.
Katanya, setiap kenderaan dibina dengan bahagian bawahnya berbeza dikenali sebagai kesan permukaan iaitu bahagian yang dibina bagi merapatkan ruang antara lantai dengan permukaan tanah.
SOO HOE menunjukkan pelbagai produk bodykit di kilangnya di Sri Damansara.
Tambahnya, kebanyakan kenderaan keluaran kilang kedudukannya agak tinggi. Ia mengakibatkan kereta tidak stabil ketika dipandu laju, seolah-olah terapung yang boleh mengakibatkan hilang kawalan."Bodykit yang lengkap dipasang sebagai kesan permukaan bagi mengurangkan aliran angin bawah kenderaan dengan mengalihkannya ke tepi sekali gus dapat mengurangkan kesan apungan tadi," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Terdapat pelbagai bahan yang digunakan oleh pengeluar untuk menghasilkan kit kenderaan daripada yang paling murah sehinggalah kepada bahan mentah mewah seperti gentian kaca, polyurethane(PU), acrylonitrile butadiene styrene (ABS) dan gentian karbon yang paling popular dan ringan tetapi sangat mahal.PU menjadi pilihan bagi bodykit kerana ia lebih tahan lasak selain tidak retak dalam apa cuaca sekali pun.
Namun bagi Air Master, material yang menjadi pilihan bagi mengeluarkan produknya ialah plastik bertetulang gentian (FRP)."Kami gunakan FRP kerana ia lebih kukuh dan fleksibel selain mudah dibentuk," jelas So Hoe.Tambahnya, syarikat itu mengeluarkan bodykit untuk sebahagian besar jenama besar popular termasuk kenderaan mewah seperti Honda, Toyota, Nissan dan Mitsubishi."Kami juga mengeksport bodykit ke Amerika Syarikat, Eropah, Rusia, Asia Barat, Australia dan rantau Asia dengan rekaan terkini yang dinamik dan sporty," ujarnya.
Khamis, 21 Oktober 2010
Body Kit Air Master Untuk Exora
Gambarni kawan ambik dari laman web air master. Buat teman yang suka modified kete tu bolehlah pilh mana yang berkenan. Bagi diri kawan, kawan lebih suka yang simple...So kawan pilih F02, S02 dan R02...
Bagi yang nak nak nampak lain lagi bolehlah tambah eye led macam kat bawah ni....
Bagi yang nak nak nampak lain lagi bolehlah tambah eye led macam kat bawah ni....
Harga eye led nih kat Air Master kalau tak silap kawan dalam RM80 sepasang siap pasang dan cat..
Langgan:
Catatan (Atom)




























.bmp)


.bmp)
