~~JOM CLICK~~

Memaparkan catatan dengan label exora reev. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label exora reev. Papar semua catatan

Isnin, 7 November 2011

EXORA REEV MENANG LAGI


Kawan ucapkan Syabas buat Team Exora Reev kerana menang lagi kali ini sebagai kereta terbaik keseluruhan di Cabaran Kereta Masa Depan London. Hebat memang hebat kerana dapat mengalahkan pelbagai jenama kereta terkenal yang lain.

LONDON: Kecemerlangan kereta Exora Range-Extender Electric Vehicle (REEV) sebagai kereta "terbaik keseluruhan REEV" dengan satu lagi keluaran kenderaan automotif berkelas dunia di Cabaran Kereta Masa Depan London, Brighton 2011, menjadi bukti standard dan keupayaan PROTON di dalam bidang itu.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata kejayaan yang mengejutkan selepas REEV Exora diumumkan sebagai Kenderaan E-Rev Terbaik pada tahun lalu tidak melekakan PROTON untuk mencapai kejayaan pada tahun ini.

Pada 5 November, REEV Exora diumumkan sebagai pemenang bersama dengan Toyota Prius 2012 hibrid plug-in petrol sebagai Kenderaan Extender Range/Hibrid Plug-in Keseluruhan Terbaik dan Kereta Prototaip Pelbagai Guna Paling Efisien Tenaga pada majlis makan malam penyampaian anugerah itu. Cabaran kereta masa depan itu dihoskan oleh Kelab Automobil Diraja Britain (RAC).

"Kejayaan sekali lagi tahun ini REEV Exora dan ditambah penerimaan dua lagi anugerah adalah kejayaan cemerlang sebenar PROTON," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau sangat bangga dengan kemunculan sulung Persona Elegance REEV di depan orang ramai di pertandingan itu, juga sebagai satu keupayaan PROTON memasang kenderaan berteknologi hijau tanpa bantuan yang biasa dihulurkan oleh rakan teknikal, Frazer-Nash Research Limited.

"Ia melambangkan keberkesanan pemindahan teknologi kepada jurutera kami sebagai salah satu manfaat kerjasama strategik itu."  Syed Zainal turut berterima kasih kepada pasukan jurutera dan pemandu PROTON dan Frazer-Nash terhadap komitmen dan dedikasi mereka di dalam pembangunan kenderaan Teknologi Hijau PROTON.

"Saya percaya mereka bekerja keras untuk mencapai kejayaan ini dan mereka berhak mendapat pengiktirafan itu. Mereka berjaya membuat PROTON dan rakyat Malaysia merasa bangga."

"Kami merasa rendah diri terhadap kejayaan ini," katanya.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan Malaysia terhadap sokongan dan kepercayaan di dalam Program Ujian Kumpulan Kenderaan Yang Banyak sekali gus membantu perkembangan PROTON di dalam bidang ini.

Hasil kejayaan itu, PROTON akan menjadi lebih berazam di dalam komitmennya untuk menjadi lebih baik dan di dalam usahanya untuk terus relevan pada lanskap industri automotif global yang sentiasa berubah-ubah, katanya. - BERNAMA

Jumaat, 4 Februari 2011

Proton Keluarkan EXORA REEV Sebagai Kenderaan Elektrik 2011


PERUSAHAAN Otomobil Nasional Sdn Bhd(Proton) akan mengeluarkan kenderaan elektrik Range Extended Electric Vehicle (REEV) yang menggunakan sistem berbeza daripada kenderaan hibrid, tahun ini. Pengurus Projek, Projek Kenderaan Elektrik Bahagian Teknologi Hijau Proton, Ilham Shamsul Ibrahim berkata, kenderaan elektrik yang sedia ada di pasaran kategori hibrid parallel, namun Proton menghasilkan kenderaan elektrik yang mempunyai kapasiti lebih tinggi daripada jenis hibrid dikenali sebagai REEV.

“REEV menggunakan kuasa bateri, tetapi ia turut mempunyai enjin yang berfungsi untuk mengecas bateri berkenaan dan bukan untuk menggerakkan kenderaan itu,” katanya selepas sesi pandu uji Proton Exora REEV di Cyberjaya, semalam. Menurutnya, sistem REEV yang digunakan untuk model Saga mampu bergerak sejauh 140 kilometer dengan anggaran kos pengecasan hanya RM6 untuk jarak berkenaan. “Hasil penyelidikan dan ujian, Proton Saga dijangka mampu bergerak sejauh 140 kilometer dengan sekali caj, namun perlu dicaj semula sekiranya kuasa bateri berbaki 10 peratus,” katanya.

Ilham Shamsul berkata, terdapat dua cara pemilik kenderaan elektrik untuk mengecas semula kenderaan mereka iaitu dengan cara standard atau pantas.  “Bagi cara pengecasan standard, pemilik kenderaan perlu melakukannya di rumah dan ia mengambil masa sehingga lapan jam. “Untuk cara lebih pantas, pengguna boleh melakukannya di stesen pengecasan semula yang memakan masa hanya 30 minit,” katanya. Menurutnya, bateri yang digunakan adalah jenis lithium ion polimer dan mampu bertahan sehingga 10 tahun. “Bagaimanapun, ia bergantung kepada kegunaan pemilik kenderaan dan berapa kerap mereka mengecas semula bateri,” katanya.