~~JOM CLICK~~

Isnin, 14 Februari 2011

Exora Turbo











Secara asasnya Proton Exora Turbo menggunakan konsep Proton Exora Prestige yang pertama kali dilancarkan pada pelancaran rasmi Exora, tapi sekarang dilengkapi dengan prototaip janaan turbo.




Pelbagai aksesori tambahan seperti boost meter yang terdapat pada Exora Turbo

The Powerplant dipaparkan dalam Konsep Prestige dikatakan untuk menghasilkan hingga 270 tenaga kuda, dan dengan nombor torsi yang dinilai pada sekitar 350Nm. Dengan terbinanya Exora Turbo  mungkin dapat menghilangkan terus satu isu utama bahawa Exora saat ini kurang berkuasa. Enjin 1.6 liter Campro CPS yang sedia ada menghasilkan 125 tenaga kuda dan torsi 150Nm





Jumaat, 4 Februari 2011

Proton Keluarkan EXORA REEV Sebagai Kenderaan Elektrik 2011


PERUSAHAAN Otomobil Nasional Sdn Bhd(Proton) akan mengeluarkan kenderaan elektrik Range Extended Electric Vehicle (REEV) yang menggunakan sistem berbeza daripada kenderaan hibrid, tahun ini. Pengurus Projek, Projek Kenderaan Elektrik Bahagian Teknologi Hijau Proton, Ilham Shamsul Ibrahim berkata, kenderaan elektrik yang sedia ada di pasaran kategori hibrid parallel, namun Proton menghasilkan kenderaan elektrik yang mempunyai kapasiti lebih tinggi daripada jenis hibrid dikenali sebagai REEV.

“REEV menggunakan kuasa bateri, tetapi ia turut mempunyai enjin yang berfungsi untuk mengecas bateri berkenaan dan bukan untuk menggerakkan kenderaan itu,” katanya selepas sesi pandu uji Proton Exora REEV di Cyberjaya, semalam. Menurutnya, sistem REEV yang digunakan untuk model Saga mampu bergerak sejauh 140 kilometer dengan anggaran kos pengecasan hanya RM6 untuk jarak berkenaan. “Hasil penyelidikan dan ujian, Proton Saga dijangka mampu bergerak sejauh 140 kilometer dengan sekali caj, namun perlu dicaj semula sekiranya kuasa bateri berbaki 10 peratus,” katanya.

Ilham Shamsul berkata, terdapat dua cara pemilik kenderaan elektrik untuk mengecas semula kenderaan mereka iaitu dengan cara standard atau pantas.  “Bagi cara pengecasan standard, pemilik kenderaan perlu melakukannya di rumah dan ia mengambil masa sehingga lapan jam. “Untuk cara lebih pantas, pengguna boleh melakukannya di stesen pengecasan semula yang memakan masa hanya 30 minit,” katanya. Menurutnya, bateri yang digunakan adalah jenis lithium ion polimer dan mampu bertahan sehingga 10 tahun. “Bagaimanapun, ia bergantung kepada kegunaan pemilik kenderaan dan berapa kerap mereka mengecas semula bateri,” katanya.

Selasa, 1 Februari 2011

Pengubahsuaian Tanpa Kelulusan JPJ

Bercadang mengubahsuai kereta anda? Jika ya, berhati-hatilah kerana anda mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan.  Ini kerana sesetengah alat yang dijual di pelbagai kedai aksesori kereta adalah tidak sesuai untuk kenderaan dan mungkin melanggar undang-undang. Tidak salah untuk membuat pengubahsuaian  tetapi harus diingat pengubahsuaian yang keterlaluan boleh mendatangkan musibah kepada diri anda sendiri dan tidak mustahil pada orang  lain juga.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang masih lagi berminat membuat pengubahsuaian pada kenderaan, macam aku terdapat beberapa perkara yang perlu kita ketahui sama ada pengubahsuaian tersebut mengikut prosedur yang diluluskan oleh JPJ atau tidak..Huh..
Ada beberapa pengubahsuaian memerlukan pengesahan daripada JPJ contohnya seperti menukar enjin, pengubahsuaian bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan dan lain-lain lagi.  Namun ada pengubahsuaian boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ.
Antara pemasangan atau pengubahsuaian yang dibenarkan adalah yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri kestabilan dan keselamatan kenderaan seperti berikut:
1.             Pemasangan ‘air spoiler’ di bahagian hadapan dan belakang.
2.             Pemasangan ‘side skirt’, ‘aerofil’ dan ‘door visor’ pada kereta.
3.             Pemasangan ‘protecting guard’ pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
4.             Pengubahsuaian kecil pada ‘radiator grilles’, ‘bonet’ atau bentuk serta reka bentuk lampu-lampu.
5.             Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan ‘bumber’ besar sa ada jenis keluli atau gentian kaca pada bahagian hadapan dan belakang.
6.             Pemasangan rim atau tayar yang lebih besar.
7.             Pemasangan para bumbung.
8.             Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber)
9.             Pemasangan ‘spot light’ atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
Dan sekiranya ada,  peraturan berikut perlu dipatuhi,
1.             Sekiranya air spoiler, aerofil atau side skirt dipasang, ia tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
2.             Sekiranya door visor dipasang, ia tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.
3.             Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ia mesti ditutp sepenuhnya.
4.             Sekiranya protecting guard dipasang ia tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan.  Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm.  Disamping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.
5.             Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guard dipasang , lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.
6.             Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing diukur  dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.
7.             Sekiranya para bumbung dipasang, ia tidak boleh melebihi panjang bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teratas para bumbung.
Walaubagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan . Fuh sama-samalah kita check yer mana-mana yang terlebih atau terkurang tu yer.  Semuanya untuk kebaikan bersama jugak.